tidak boleh lupakan dia... :(

View previous topic View next topic Go down

tidak boleh lupakan dia... :(

Post  cindylee98 on Sat Apr 06, 2013 9:09 pm

Hai, saya Cindy. pale Saya seorang pelajar. Sebelum ini, saya selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tapi apabila saya naik ke form2, keputusan peperiksaan saya menurun. Semasa form 2, saya telah secara tidak sengaja menjumpai seorang pelajar lelaki yang sama umur & sama kelas dengan saya. Semasa saya form 1, dia & saya bukan dalam kelas yang sama. Setelah menemuinya, saya pun macam tidak boleh lepaskan dia, mataku pun tidak boleh pandang ke tempat lain, seolah-olah saya telah menjumpai seorang Romeo. Apa yang pelik ialah dia bukanlah kacak pun, dia pun taklah tinggi sangat pun, orang macam ini pun saya boleh suka. Masalahnya, selepas saya menemuinya saya tidak dapat melupakan dia. Saya tanya pendapat kawan-kawan saya cara untuk melupakan dia. Mereka kata bahawa cinta tidak boleh dilupakan. Sejak form 2, saya berubah. Saya sering menjaga penampilan saya, beli minyak wangi, menjaga kebersihan diri saya selalu & sebagainya. Saya juga selalu termimpikan dia. Kawan saya mencadangkan agar meluahkan perasaan saya kepada dia. Tapi saya menolak kerana saya bimbang kalau saya luahkan perasaan saya, nanti dia tidak boleh fokus dalam pelajaran. Saya pun percaya pasti ibu bapa dia pun tak setuju untuk membiarkan dia bercinta. Ibu bapa saya pun tidak menggalakkan saya untuk bercinta, mereka tidak membenarkan saya berdating atau berpegangan tangan pun. Tahun ini, saya bakal menghadapi peperiksaan PMR. Saya hendak mendapat 8A. Saya tidak tahu adakah saya akan berjaya jika masalah ini berterusan. TOLONGLAH SAYA! pale


Last edited by cindylee98 on Sat Apr 06, 2013 9:17 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Not enough info)

cindylee98

Posts : 1
Join date : 06/04/2013

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum