bantuakuperlukannasihat

View previous topic View next topic Go down

bantuakuperlukannasihat

Post  reen on Mon Mar 11, 2013 5:43 pm

aku ada kenal sorang laki nie.aku kenal dlm setahun lebih mcm tu then kitaorg couple. okay, kitaorg couple dlm 2 tahun lebih but then aku break dgn dia sbb mak dgn kakak aku tak suka. setahun dah berlalu aku dgn dia skrg kawan baik dan tipulah kalau aku ckp aku tak sayang dia dah. aku betul-betul syg kan dia dan setiap kali aku teringat dia mesti aku rasa sebak sbb aku break dgn dia dengan alasan mak dgn kakak aku tak suka dia. yelah masa tu aku tgh study pulak untuk first year, tapi syukur alhamdulillah aku tak lalai bila. masalahnya skrg, dia dah ada kerja. kerja dah okay semua tapi dan dia ajak aku kahwin. ini tak bermakna aku couple dengan dia balik.

kahwin. siapa tak nak kahwin weh, nikmat berkahwin nie orang yang dah rasa je tahu, semuanya halal. aku nak tapi banyak betul penghalangnya, mak tak suka kakak aku pun tak suka. jadi skrg aku tengah keliru sama ada nak teruskan atau tidak. org kata restu mak ayah penting tapi skrg mak aku tak suka dia. sebaknya, Tuhan je tahu apa aku rasa. nak kata terhalang mungkin jugak. aku ada kenal jugak lelaki2 lain tapi tak ada sorang pun boleh curi hati aku mcm si dia buat. even kitaorg bukanlah romantik , cute couple or whatever korang panggil kan.

aku skrg keliru tu je, nie pun lagi berapa minggu aku nak hbs diploma then nak further study aku so aku terfikir skrg pun umur aku dah berapa nnt dkt sana pun boleh tahan lama nak belajar dalam 4 tahun. hmm, aku tak tahu lah, sama ada nak pilih study atau kahwin. study lama lagi sbb aku nak kerja dulu carik duit then baru sambung balik. tolong lah aku buat pilihan, hati aku berbelah bahagi je skrg dia atau study.

smlm aku jumpa dia, nak dkt setahun aku tak jumpa dia. aku tak boleh tahan perasaan aku dkt dia, aku nampak dia aku terus peluk dia mcm tak nak lepaskan dia lansung. so now aku dah rindu dia balik even masa aku tengah taip benda nie pun menitik jugak air mata aku. hmm, aku tahu ini semua salah, tp aku tak boleh tahan perasaan aku. aku bukan lah perempuan yang soleh tapi aku ada perasaan sama mcm perempuan lain.

reen

Posts : 1
Join date : 11/03/2013

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum