Bapa mertua bermasalah

View previous topic View next topic Go down

Bapa mertua bermasalah

Post  leah zawawi on Mon May 14, 2012 6:34 pm

Salam, saya telah berumah tangga selama 14 tahun, bahagia dan mempunyai 5 anak, 2 perempuan dan 3 lelaki. Saya dan suami telah sepakat untuk menjaga kedua ibupanya dan ibu saya sekiranya mereka sakit. Hajat kami menjaga ibunya dan ibu saya semasa sakit hingga meninggal dua telah tercapai. Kini tinggallah bapa mertua saya seorang, oleh itu saya telah mengajaknya tinggal dengan saya dan anak2 (suami saya bekerja di tempat lain dan balik pada hujung minggu). Bapa saya tidak menyusahkan walaupun umurnya 82 tahun kerana dia masih sihat kecuali sakit sekali sekala saya bawanya berjumpa doktor di klinik atau hospital swasta. Oleh kerana bapa saya telah lama meninggal dan saya sangat rapat dengan arwah jadi saya menganggap bapa mertua saya seperti bapa saya sendiri iaitu saya suka bergurau dan membawanya berjalan-jalan walaupun terpaksa berkongsi bilik hotel (suami dan bapanya tidur di katil, saya dan anak yang kecil tidur di lantai).Baru seminggu ini saya telah diberitahu oleh pembantu rumah (22 tahun) saya berkenaan perlakuan tak senonoh bapa mertua saya terhadapnya, anak perempuan saya yang kedua (11tahun) dan anak saudara perempuan saya (11 tahun), sehinggakan anak saudara saya takut untuk datang ke rumah dan anak perempuan saya asyik berkurung di bilik. Saya terlalu geram dan marah hingga tak boleh tidur lalu saya terus ke rumah kakak ipar saya (kakak suami saya yg sulung dan janda) hal bapanya, tapi saya di nasihati suruh bersabar sahaja. Dilema saya ialah haruskah saya beritahu suami saya, saya takut sekiranya dia tahu dia akan susah hati dan tidak boleh menumpukan perhatian pada kerja dan memandu setiap minggu beratus kilometer atau dia terlalu emosional dan jadi anak yang derhaka. Saya pula rasa tersangat geram dan marah pada bapa mertua saya hinggakan tak boleh memandang mukanya, tolong beri pandangan dan nasihat segera.... kalau ikutkan hati saya nak je hantar ke rumah orang-orang tua

leah zawawi

Posts : 1
Join date : 14/05/2012

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum