tersepit antara perasaan dan situasi

View previous topic View next topic Go down

tersepit antara perasaan dan situasi

Post  keliru on Fri Sep 17, 2010 2:10 pm

maaf, saya sebenarnya berkenalan rapat dengan 2 orang lelaki ( A dan B). saya seorang yang terpelajar dan memiliki 2 ijazah namun jiwa saya kosong dek kepayahan mencari lelaki soleh yang boleh dijadikan pasangan hidup. saya mempunyai asas agama yang kukuh.

saya berkenalan dengan A yang merupakan seorang bujang dan rajin bekerja serta amat caring. perawakan A yang lembut ( tidak mak nyah) membuatkan saya tidak tahu bahawa A menyimpan hati pada saya. A ada meluahkan perasaan nak berkahwin dengan saya namun tidak tahu mengapa saya berasa berat untuk terima namun sayang untuk membiarkan dia pergi. setelah A pulang ke kampung bagi bercuti sempena ramadhan, A meninggalkan saya secara fizikal namun kami masih lagi berhubung dengan SMS etc.
A lebih tua daripada saya setahun dan memiliki latar belakang akademik yang agak setara dengan saya walaupun tidak begitu cemerlang. A juga agak warak dan alim. saya tidak menafikan ada keluar makan dengan A beberapa kali walhal saya sebelum ini tidak pernah keluar dengan lelaki yang bukan mahram.


saya kemudiannya berkenalan dengan B yang merupakan seorang suami kepada anak gadis berusia 19 tahun. B asalnya mempunyai perhubungan professional dengan saya namun setelah B meminta no. telefon saya, kami mula berhubung.
saya dapat tahu B tidak bahagia dengan isterinya. saya yang pada mulanya simpati dgn nasib B akhirnya terpikat dengan pekerti B yang budiman. namun buat pengetahuan semua, saya tidak pula keluar dating, atau menerima sebarang hadiah daripada B kerana gusar statusnya sebagai suami orang mungkin akan menimbulkan fitnah.

akhir2 ini, saya sering menerima panggilan B dan kami berbual dengan penuh keserasian. saya mahu B cuba berbaik dengan isterinya namun B mengeluarkan hasrat ingin berkahwin dengan saya.

saya terkesima, hati mahu berkata ya namun banyak perkara yang saya fikirkan antaranya:

1. mampukah B berpoligami sedangkan B hanyalah seorang kerani dan saya seorang yang bekerjaya professional? saya tidak cerewet dan amat simple ( malah berasal dari keluarga yang agak miskin) namun saya gusar B tidak mampu berlaku adil kepada saya dan isterinya.

2.mampukah saya menahan perasaaan pabila B hilang dari pandangan ( apabila berkunjung kepada rumah isteri tua) kerana saya kuat cemburu juga.

3. B ada memuji saya lebih cantik dari isterinya, adakah B juga mencintai saya hanya kerana paras rupa dan bentuk badan?

4.B bijak bermain kata dlm SMS mebuatkan saya rasa bersalah dan terkilan setiap kali menyatakan saya mahu kekalkan 'persahabata' dengannya dan bukan berkasih-kasihan.

5.dan saya tidak dapat menafikan rasa serba salah terhadap A....

maaf semua, masalah nampak tipikal tapi bila sendiri terkena, rupanya perit!!! ya allah, saya takut tersalah pilih, ya allah, saya takut tertipu, ya allah, saya sedih jika melukakan hati A dan B. ya allah, semua,tolong berikan saya pendapat..

keliru
Guest


Back to top Go down

Buat pilihan Terbaik

Post  Umi on Fri Oct 08, 2010 10:59 pm

Pada saya awak wajar membuat pilihan yg terbaik. Lebih baik kita tidak menjerumuskan diri ke dlm masalah yg jelas pd kita akan bakal kita hadapi.Jika awak pilih A kita tidak nampak apa masalahnya. Lagipun A mempunyai latar belakang agama yang cukup sama dengan awak. Apa lg yg kita harapkan dlm hidup ini. Apatah lg awak juga telah kerap keluar bersamanya. Alang-alang dah keluar apa nak tunggu lg. Berkahwin dengan isteri org bykmengundang masalah. Jikakita diberi pilihan maka pilihlah yg lain.

Umi
Guest


Back to top Go down

Re: tersepit antara perasaan dan situasi

Post  whocares on Sat Oct 09, 2010 7:45 pm

salam dik,
buatlah solat istikharah.
tapi pandangan peribadi saya suami org ni ramai yg x blh dpakai. pandai mengayat. ada masalah sikit dgn isteri dah nak pasang lain. kenapa tak cuba selesaikan masalah dgn isteri dulu? kalau kawin lain nnt xkan ada masalah ke?
x pasal2 adik akan dituduh menghancur rmhtangga org. kalau dia ikhlas minta dia bgtau ttg adik pd isteri dia, tgk apa dia kata. adik sendiri pun tak tau kalau adik sanggup berpoligami.

saya sendiri byk kali kena 'usha' dgn suami org. walaupun kita x layan & x ada niat nak menghancur rmh tangga org, last2 tetap kita yg salah. 'perempuan itu fitnah'. satu kenyataan yg menyakitkan. tepuk dada tanya iman.
saya bukan anti poligami, saya sendiri sanggup asalkan dpt green light dr bakal madu & suami blh berlaku 'hampir' adil (krn sesungguhnya hanya Allah al-Adl' saja yg mampu berlaku adil)

semoga dipermudahkan segala urusan adik Smile

whocares

Posts : 2
Join date : 09/10/2010

View user profile

Back to top Go down

pilih A

Post  purple_girl on Sun Jun 12, 2011 6:52 pm

Salam....

saya rasa antara A dan B, baik saudari pilih A ,ini kerana dia msh bujang, suami orang selalu bercerita masalah bebekalkan modal yg sama,isteri yg ada masalah.....LGPUN dia x sekufu dengan saudari.sAYA ingt lg kata2 lect saya kat ukm,kalau kita berkhawin dgn org x sekufu dgn kita takut nnt di kemudian hari akan timbul masalah kewangan.....

langkah yg terbaik buatlah istikorah.......

purple_girl

Posts : 4
Join date : 12/06/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: tersepit antara perasaan dan situasi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum