Keluarga tak faham minat

View previous topic View next topic Go down

Keluarga tak faham minat

Post  lilisakit on Fri May 04, 2012 4:54 pm

[justify]Dulu, saya kata kat abah dengan bersungguh-sungguh mahu menjadi seorang doktor. Abah sangat gembira. Masa itu aku kecil lagi. Diasak menjadi doktor dapat menunaikan segala impian besar seperti kereta lamborghini dan rumah banglo besar. Memang benar doktor mampu dapat semua itu. Dari kecil saya ditanam dengan doktor...tanpa disedari, perkara itu telah menyebabkan aku kecelaruan personaliti. Aku tak faham kenapa aku nak jadi doktor. atau kenapa mulut aku ringan sangat menanam janji yang bakal mengecewakan abah di waktu 19 tahun ?

Aku sekrang ini banyak pendedahan dengan dunia internet membuatkan aku ubah segala-gala apa yang dijanjikan pada abah dulu, iaitu mahu menjadi seorang web developer/designer/programmer. Sungguh terpesong jauh. Abah naik berang, sama dengan mama. Aku kini baru shaja melepasi asasi sains dengan CGPA paling dahsyat rendahnya iaitu 2.86. Dari seorang pelajar cemerlang 5A UPSR, 8A PMR, 8A SPM tiba-tiba berubah pesong jauh. Tatkala itu, aku mengenali dunia yang aku minati, dunia IT. Sampai ke pengetahuan abah dan mama mengenai minat aku itu, mereka runsing dan sungguh kecewa.

Aku mengenali dunia IT yang sungguh menggelodak di hati ni kerana komplikasinya memikat aku. Aku tidak ada pengetahuan langsung mengenainya, tapi, aku mudah sahaja memahami komputer. Banyak yang sudah aku baiki sistem operasinya sehinggakkan kawan-kawan di kolej memanggil aku programmer wanita paling cool. Aku tahu kerjaya dalam bidang IT ini ada peluang yang sangat cerah kallau kita pandai ambil kesempatan. Tambah-tambah, minat aku sedang naik sama dengan pemasaran online. Kalau anda tahu, betapa IT memberi kesan cepat kepada penjanaan wang setiap hari, namun aku tahu niataku. Aku bukan nak cepat kaya, tapi nak tolong usahawan online lain. Itu matlamat aku. Aku senang sekali dengan niat itu.

Sekarang, rajuk abah baru reda. Aku dah cuba pujuk berkali-kali mengenai perihal minat ku dan ujian personaliti dan kerjaya yang telah aku buat, sama ada secara online atau offline. Semuanya menjurus ke arah bisnes dan perkomputeran. Aku suka bekerja sendiri dan menyendiri. Sekarang, aku menghadapi dilemma yang sungguh menyakitkan tatkala abah paksa jugak buat medic. Aku menerima dalam keterpaksaan. Ak tahu aku bakal menepuh dunia perubatan, melibatkan nyawa orang. Ya allah, bantulah aku.

Result asasi aku menunjukkan segalanya, namun abah dan mama buat tak nampak ketidakmampuanku. kerana mereka percaya aku boleh. Sebab mereka percaya adalah kerana mereka mahu anaknya hidup senang. Keluarga aku hidup dalam kesederhanaan. Kaya tak, miskin pun tak. Abah aku mahu menjadi seorang doktor tatkala remajanya, namun tidak layak kerana keptusan STP nya dulu teruk. sekarang, abah nak aku menyambung cita-citanya menjadi doktor. Aku tak minat. Aku sudah tak ada hati nak belajar medic. Oh tuhan...

Aku risau sangat ni sebab aku bakal menempuhi sekali lagi asasi sains dan score dgn lebih baik, supaya dapat melayakkan diri untk sambung ijazah medic. Sungguh sakit hati ini kerana mereka tak pernah nak faham kemampuanku dan minat aku. Bila aku terangkan minataku tadi, mereka perlekehkan aku teruk sekali. Kepala aku diketuk kerana degil. Suara marah macam halilintar membelah bumi. Mereka sungguh tegas sehingga tak mengenali kemampuan anak sendiri. Aku sedih sangat. Aku tak mampu abah. Medic bukan sebarang kerjaya. Nyawa manusia ditangan aku! Sanggupkah/Mampukah aku melalui semua ini?

Adakalanya, aku hilang pertimbangan. Aku mahu lari dari rumah sejauh2nya, sewa motel murah, bekerja sendiri untuk menyara keperluan aku sendiri. Kalau diikutkan hati yang duka ini, aku mahu lakukan semua itu. Tapi, aku tak buat sebab aku tahu had aku sebagai seoarng anak solehah, aku tak nak menjadi anak derhaka. Tapi, hati aku sakit, sebab aku tahu aku perlukan korbankan kehidupan aku untuk sebuah kehidupan yang aku tak ingini.

Jika ada apa-apa idea mengenai IT/bisnes terlintas, aku perlu rahsiakan semua ini. Sebab bila sampai pengetahuan mama, habis dibongkar seolah2 idea itu merosakkan fokus aku untuk melanjutkan asasi nanti. Aku dimarahi abah sebab boleh lagi aku fikir semua itu tatkala lanjutan ke asasi semakin dekat. Aku sedih. Muram sebab aku perlu tinggalkan semua ini.Semua minat dan keghairahan aku, aku perlu tinggalkan. Aku sudah tidak percaya dengan kata-kata ini, "Do what you love, Chase your dream bla bla" Semua itu bullSHIT! sebab apa aku buat sekarang, adalah bukan keghairahan aku...jiwa aku derita.

Aku ada sebuah diari tersimpan kemas dalma almari. Aku hamburkan segala kemarahan aku kepada ibu bapa aku. Aku tak ada sesiapa nak dengar suara hati sebab ak tahu, tiada siapa ayng dapat menyelesaikan masalah ini kecuali Allah. Mungkin Allah telha merancang sesuatu untuk aku. Tapi, dari dulu lagi, aku meminta kepada Allah, kalau betul medic adalah perjalanan aku nanti, tunjukkan aku apa2 bayangan, seperti berakaain doktor, melihat pesakit dalam mimpi, atau ubah hati ini staright to medic. Tapi tak, makin lama aku cuba fokus dan paksa diri aku ubah minat ke perubatan, makin aku sayang pada dunia IT. Mungkin anda tak tahu kelebihan dunia IT ini dan menceburi kedalamnya, tapi aku tahu dan aku tahu apa yang aku boleh buat nanti. Sudah siap dengan jangka timeline pekerjaan dan ideanya terus2an datang ntuk direalisasikan serta perolehan pendapatan. Mngkin aku syok sendiri, tetapi itulah nak bagitahu betapa aku minat sampai gila terhadap dunia IT ini. Aku tak boleh berimaginasi sedemikian pada medic. Aku lost! Apa bendalah ni?

Aku derita kawan2. Mak bapak aku seharusnya kena tahu setiap anak ada kemampuannya tersendiri. Mereka semuanya mahu anak2 nak jadi doktor tanpa ketahui minat dan personaliti anak2, impian anak2 semua diperlekehkan terus! Abang aku adalah doktor sebab minatnya dari kecil dan nawaitu yang betul iaitu mahu membantu manusia sakit, kakak yang x cemelrlang mana SPM nasib baik dapat meneruskan bidang arkitek kerana skill designnya dapat diolah dari kecil lagi dengan sendirinya, dan aku..banyak masalah komputer IT aku selesaikan dalam masa sesingkat. Aku perempuan yang boleh dikatakan ada otak lelaki. Perangai aku adalah tomboy. Jadi, ibu kesal jikalau aku menceburi bidang ini. Nampak kelakian sungguh. Masuk akal tak?

Aku meminati dunia pembangunan web. Namun, semua itu tidak dapt diteruskan kerana bantahan dari ibu bapa yang tidak memahami diri anak-anak. Konon bergaji rendah, kata ibu. semuanya ekoran pengalmannya sebagai eksekutif custmer servis yang bila ada orang nak buat loan, pencapaian gaji tidak memuaskan dan menepati kriteria kerana pekerjaan melibatkan IT, dan berita2 terkini mengenai penggangguran pelajar IT, sangat menyebabkan kedua2nya tidak bersetuju untuk menjadikannya sebagai masa depanku.

Akhirnya, tak lama lagi, jika universiti perubatan swasta itu meluluskan aku untuk melanjutkan asasi di situ, nampaknya, aku bakal menempuhi penderitaan hidup, mengorbankan kehidupan untuk melakukan perkara yang aku langsung tidak minati. Aku sudah BOSAN dengan mereka yang sentiasa merancang masa depan aku. Aku seorang yang spontan dan lebih suka menempuhi kehidupan yang spontan. Sebab aku jenis tabah dan sabar menghadapi dugaan namun tidaklah bagi kes ini. Kalau aku ditimpa kesusahan nanti, aku rela bersusah payah untuk bangun balik perbaiki diir. Aku sudah terlalu banyak dimanjakan sampai ibu bapa aku risau jikakalau aku tersalah membuat pencaturan sendiri. Disebabkan itu, aku serahkan sahaja pada tuhan Allah, agar memudahkan rancangan oleh manusia-manusia ini. Aku sudah letih, menghadapi hari -hari mendatang untuk lanjutkan pelajaran asasi, sungguh risau takut aku tidak boleh buat dan mengulangi keputusan asasi yang sama macam dulu-gagal.

Aku memang berimpian besar. Cuma bukan cara ini. Aku ada daya keusahawanan aku sendiri. BUkan medic sahaja dapat jadikan aku kaya. Aku bukan nak kaya harta, tapi nak kaya budi, kaya ilmu yang aku nak belajar, kaya harta juga, semestinya! Aku sangat yakin, kalau kita minat kan sesuatu, kita akan berusaha mendapatkannya walauapa cara sekalipun. Dan bila kita hidup dengan perkara yang kita suka, insyaAllah saya yakin kehidupan yang saya layari nanti pasti bahagia.
Ini perasaan/ mood/ emosi aku: Sedih, muram, duka, derita, kecewa, bengkak hati, sakit hati, marah, dendam, panas baran, segala sifat syaitan. Namun smua ini terpendam dan terbuku kuat di dalam hati. Aku risau suatu hari nnati, segalanya dilahar keluar macam gunung berapi, bakal menyakiti hati semua orang berikutan emsoi aku yang sudah tidak stabil.

Aku banyak tengok rancangan motivasi seperti Oprah. Keluarga memainkan peranan penting terutama ibu bapa. Tetapi bukan dalam kes saya. Mereka mungkin nak terbaik buat saya. Namun, saya rasa itu sudah terlampau baik, sehinggakan boleh menjahanamkan saya sendiri. Aku tak fikir aku boleh buat semua ni. Bukan aku putus asa, namun, fikirlah, buat apa perlua ada sebab untuk tidak meneruskan apa yang kita tak suka, dan buat apa perlu ada sebab untuk meneruskan apa yang kita suka?

AAku dah fikir hal ini dengan matang serta positif. Aku harap aku tidak menjadi this kind of parent sebaik berkeluarga nanti. Aku nak jadi ibu yang sporting, dapat berKAWAN dengan anak yang sudah remaja.

Jangan ingat anda tegas, anda lulus jadi ibu bapa! Kalau anda rasa sudah lulus sangat, ingatlah anda GAGAL sebenarnya! Gagal memahami dan mengemudi keluarga secara jasmani, rohani, emosi, insani!

[/justify]

lilisakit

Posts : 1
Join date : 04/05/2012

View user profile

Back to top Go down

Re: Keluarga tak faham minat

Post  damai on Fri May 11, 2012 2:59 pm

lilisakit....

saya ingin beri pendapat.
andai tak betul, abaikan Smile

awak mempunyai minat yang amat mendalam dalam IT.
awak juga seorang yang sangat pandai kerana boleh melayakkan diri untuk mengambil bidang medic.

saya bukan orang terpelajar...
susah nak bayang kan semua itu..
tapi..... adakah dalam bidang medic hanya ada bidang untuk rawat orang sakit sahaja?
teknologi sekarang semakin canggih. semua nya melibatkan IT.
kalau terer IT, awak boleh pergi mana saja bidang dengan cepat dan pantas.

kalau lah dalam bidang medic ada saluran yang memerlukan kepakaran untuk menganalisis,
mengkaji, membuat simulasi, pengiraan, yang mana pengetahuan perubatan dan IT diperlukan dalam satu masa yang sama...
mungkin itu boleh buat awak dapat kedua dua nya..

awak mungkin genius, lilisakit.

parents mungkin fikiran masih agak sempit.
but, dunia berubah sangat pantas. everything is IT.

try your best.



damai

Posts : 7
Join date : 08/05/2012

View user profile

Back to top Go down

masalah kita serupa

Post  thisismeandilikeit on Fri Jul 13, 2012 1:16 am

lilisakit, saya pun macam awak. Straight A's sejak sekolah rendah sampailah SPM. Tapi, saya tersalah course. Saya terima tawaran tu sebab saya dapat bantuan kewangan dalam bidang tu. Keluarga saya pun lebih kurang macam awak, tak kaya, tak miskin. Lepas saya dah masuk U, suatu hari, saya join satu Career Talk ni. Masa tu, baru saya sedar saya seorang yang artistik, dan bukannya saintifik, logik, analitycal sedangkan saya tengah study dalam aliran sains. Haru jugak perasaan saya. Sejak kecil, memang saya suka melukis tapi saya tak tahu pula itu merupakan kebolehan utama saya memandangkan saya juga ada minat dalam sains-tapi bukan sains yang saya tengah study sekarang. Memang saya sedar, rezeki semua tu bukan terletak pada apa yang kita belajar, tapi selalunya, study kita sedikit sebanyak menentukan kerjaya kita di masa depan kan? Saya harap sangat-sangat ada insan yang benar-benar boleh motivate dan guide saya sekarang ni. Memikirkan study dan kerjaya, membuat saya rasa tak bahagia dan sering menyalahkan orang di sekeliling saya kerana merekalah yang memberi galakan untuk saya menerima tawaran tu. Bertambah sedih bila tengok kawan-kawan yang masa sekolah dulu tak perform mana, tapi sekarang diorang mampu dapat result yang cemerlang sebab study dalam course pilihan diorang. Baru-baru ni, result saya sangatlah teruk. Padahal saya baru student first year. Selalu terfikir, bolehkah saya dapat kerja lepas grad nanti, dengan result yang tak seberapa. Lepas tu, saya risau kena bayar balik bantuan kewangan tu. Kalau tak ada kerja, macam mana saya nak cari duit? Hmm.. Sesiapa, tolonglah. Dekat mana saya boleh salurkan kreativiti saya untuk dapatkan wang. Saya boleh melukis, dan saya rasa saya suka design fesyen jugak. Saya betul-betul agak dah berputus harap untuk kerja dalam bidang yang saya tengah study sekarang ni.

thisismeandilikeit

Posts : 2
Join date : 13/07/2012

View user profile

Back to top Go down

Re: Keluarga tak faham minat

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum