keluargaku...

View previous topic View next topic Go down

keluargaku...

Post  nik on Wed Sep 15, 2010 4:03 pm

Salam...
Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Pada mulanya pekahwinan saya tidak direstui oleh keluarga saya dan keluarga saya tidak menyukai suami dan keluarga mertua saya.
Pada awal perkahwinan saya hidup sebatang kara dan setelah anak sulung kami lahir kira2 setahun selepas itu, saya balik ke pangkuan keluarga dan keluarga saya menerima kami seadanya. Alhamdulillah kami bersatu sebagai keluarga semula.
Saya tidak mengalami masalah di sebelah keluarga mertua cuma kini masalah disebelah keluarga saya yang amat merunsingkan saya. Keluarga saya tidak dapat menerima keluarga mertua. kadang kala atas perkara yang kecil sahaja ibu saya akan menyalahkan saya kerana melebihkan keluarga sebelah mertua sedangkan saya terpaksa menjaga kedua2 belah keluarga.
Sekarang yang merunsingkan saya, keluarga saya menyatakan yang saya sudah membuang mereka kerana pulang berhari raya terlebih dahulu di rumah mertua. Sedangkan pada tahun2 yang lepas kami sentiasa puulang ke rumah keluarga saya. Kadang kala saya jadi sayu apabila melihat kesabaran suami yang sangat tinggi untuk menerima keadaan saya kini. Sekarang saya telefon ibu bapa saya di rumah pun mereka tidak mahu menjawap panggilan saya apatah lagi hendak berbual-bual. Saya jadi sayu dan hiba di pagi aidilfitri yang lalu. Sehingga kini mereka masih tidak mahu menjawap panggilan telefon saya.
Bagaimana saya hendak selesaikan masalah ini?

nik
Guest


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum