Dalam setiap hubungan memang ada ujian/cabaran but how do i handle this?

View previous topic View next topic Go down

Dalam setiap hubungan memang ada ujian/cabaran but how do i handle this?

Post  Zalia on Sun Sep 11, 2011 12:29 am

Saya mempunyai seorang boyfriend (5-year relationship) yg sangat cemburu,kaki control,panas baran tetapi sangat caring dan penyayang. Saya tidak kisah bila dilarang keluar melebihi jam 7 mlm ataupun diwajibkan menghantar msg memberitahu lokasi dan aktiviti saya pada setiap hari sebab saya tau dia sangat menyayangi saya. Kami berdua menggunakan iphone dan melalui 'mobileme'/'find iphone' (application) membolehkan dia mengetahui lokasi saya yakni di mana saya berada pada setiap saat/waktu yang dia inginkan. Lokasi saya akan ditayangkan di atas peta google map (hebat kan?). Jadi anda semua dapat bayangkan betapa accurate/tepatnya kemudahan ini. Dengan adanya kemudahan ini saya rasa gembira kerana ia dapat mengurangkan prasangka boyfriend saya terhadap saya sebab dia tidak dapat menyatakan yang saya menipu beliau bila saya mengatakan saya di tempat kerja oleh sebab terbukti dia atas peta google map saya memang di tempat kerja. Kecualilah kalau saya off telefon (dia tidak akan dapat find saya) atau sy tertinggal iphone tersebut d rumah (maka lokasi sy akan tertera 'di rumah' dan bukan di tempat kerja walaupun jasad saya memang di tempat kerja). Namun begitu,baru-baru ini bateri iphone saya habis, jadi saya langsung tidak dapat dihubungi. Untuk mengelakkan prasangka, saya memberitahu hal itu kepada boyfriend saya dengan menelefonnya menggunakan fixed-line di pejabat. Dia faham keadaan saya dan tidak langsung marah pada waktu itu. Mungkin saya agak stress dan kurang fokus, pada keesokkan harinya saya terlupa membawa telefon saya ke tempat kerja. Hal itu jarang-jarang sekali berlaku. Dengan segera saya menghubunginya untuk memberitahu hal tersebut. Dia agak marah dan menuduh saya sengaja meninggalkan iphone tersebut di rumah. Dan apa yang paling mengejutkan, apabila dia mengesan lokasi saya, didapati saya berada di bandar dan bukan di tempat kerja! Dia juga telah menghantar gambar google map yang menunjukkan saya memang berada di bandar. Terbukti application tersebut tidak tepat langsung! Dia menuduh saya penipu dan keluar dengan lelaki lain. Saya tidak tahu apa yg patut saya buat. Dia tidak langsung mahu percaya dengan saya. Hubungan jarak jauh memang banyak dugaan dan cabaran tapi bagaimana mengatasi hal ini? Dia tidak mau mempercayai saya sebab bagi dia google map itulah bukti bahawa saya bukan di tempat kerja tetapi berjoli di bandar. Apa yang perlu saya lakukan supaya dia mempercayai saya? Saya tidak kisah menuruti arahan dan peraturan yang dia tentukan tetapi benda begini pula terjadi. Seperkara lagi, tidak ada yang saya lindung daripada dirinya, dia ada digi ocs number saya bermakna dia boleh mengesan nombor yang saya hubungi dan sms. Tetapi dia tetap tidak berpuas hati dan selalu prasangka dengan saya. Mungkin ini semua disebabkan suatu masa dahulu dia mendapati saya berhubungan sms dengan seorang teman sekerja lelaki. Tetapi apabila dia marah dan melarang saya berbuat demikian, saya terima dan tidak pernah mengulanginya lagi. Saya sangat menyayanginya dan saya tidak ada masalah mengikut perintahnya sebab saya memang jenis yang setia. Dia satu-satunya hubungan serius yang pernah saya jalinkan. Tolong bantu saya. Saya sudah terlalu banyak menangis oleh sebab dia langsung tidak mahu menjawab sms/call saya. Saya sangat tertekan oleh hal ini. Terima kasih.

Zalia

Posts : 1
Join date : 10/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Dalam setiap hubungan memang ada ujian/cabaran but how do i handle this?

Post  Apit on Tue Apr 08, 2014 2:15 pm

Maaf Sampai tahap macam tue yer???Beruntungnya lelaki yang memiliki diri awak yang menyayagi sepenuh hati dan setia.

Apit

Posts : 2
Join date : 08/04/2014

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum