Jatuh cinta pandang pertama

View previous topic View next topic Go down

Jatuh cinta pandang pertama

Post  SAASJ92 on Sat Sep 03, 2011 8:15 pm

Saya sering jatuh cinta pandang pertama lebih lebih lagi dengan orang yang lebih tua dan berkahwin.Apakah masalah ini boleh menjadi lebih serius? Saya juga telah jatuh cinta kepada sepupu bapa saya yang berusia 35 tahun dan dah pun berkahwin.Saya remaja perempuan berusia 15 tahun.Saya takut hal ini akan menganggu PMR saya yang tinggal hanya sebulan lagi.

SAASJ92

Posts : 2
Join date : 03/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Hati-hati

Post  heydaya on Mon Sep 12, 2011 3:38 pm

WOW! Itu sahaja akak dapat luahan pada pertama kali baca luahan masalah adik. Kali kedua baca, hati terdetik nak reply coz sayangnya adik ni, masih terlalu muda untuk masalah yang akan dihadapi akan datang. Adik, adik rasa subjek PMR adik tu semuanya dapat 100% tak? Adik, setelah PMR, SPM. Minimum pelajaran untuk mendapatkan kerja yang halal,dihormati, menyenangkan dan menghadapi jualbeli,kehidupan berkeluarga adalah SPM. Adik fahami betul-betul apa adik baca buku pelajaran, apa yang diajarkan di sekolah, sesungguhnya akan digunapakai dalam cabaran adik untuk meningkat dewasa, menghadapi cabaran hidup nak cari sesuap makanan. Adik muslimah ke? If ya, banyak sangat ilmu agama yang terlalu luas utk kita adaptasi dlm kehidupan dari kita nak buka mata, beraktiviti siangnya, melelapkan mata mlmnya. Ingat Tuhan tak memungkiri janji dalam kata-kata. Demi masa, sesungguhnya manusia selalu kerugian. Kenapa rugi? Hal adik menghabiskan masa memikirkan hati, jiwa yang belum tiba masanya. Hati-hati gadis yang sedang melalui fasa remaja yang tidak mengenali dirinya sendiri. Tidak mengetahui potensi diri. Adik harus TEKAD. Berjanji pada diri tidak akan memikirkan suami orang, tidak akan memikirkan cinta selagi tidak memberi hadiah keputusan cemerlang kepada ibubapa. Harus ingat, jika diri merasakan diri pandai, ada akan ada orang akan lebih pandai kerana orang yang pandai sentiasa haus dengan ilmu tuhan, dan tahu ilmunya kena diaplikasi.Janganlah niat untuk berkahwin, jaga anak. Sesungguhnya didik anak memerlukan kefahaman ilmu PMR,SPM, yg mendalam untuk mendidik mereka jadi manusia lebih hebat dari kita. Untuk itu, kewangan menjaga kesihatan anak2 penting, memberi ke kelas2 penting. Duit untuk itu, kena kerjaya yang hebat. Hebat di dunia, diberkati, hebat diakhirat

heydaya

Posts : 5
Join date : 12/09/2011
Age : 33

View user profile

Back to top Go down

Hati dah berubah

Post  SAASJ92 on Mon Sep 12, 2011 6:30 pm

Terima kasih kerana kakak sudi membaca luahan hati saya yang kerdil ini.Hina sungguh saya rasa diri saya ni kak.Saya sedar sekarang Allah sahajalah yang berhak disembah dan disayangi.InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki diri.Mulai hari ini saya tak akan tinggalkan perintah Allah lagi.Saya akan berusaha melakukannya.

SAASJ92

Posts : 2
Join date : 03/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Its ok

Post  heydaya on Tue Sep 13, 2011 4:58 pm

Hai adik! Its ok. Bila bc ur reply, eh...ada feedback! heee.. Then, i realize, kenapa adik ni reply begini? Akak baca balik komen akak. Ohh. Adik perasan tak setiap hari kita berubah mood. Ada perubahan. Adik seorang yang bijak. Adik sedar diri adik perlukan bantuan, adik sedar hati adik dalam situasi risiko terikat dengan omongan cinta palsu, adik telah dapat kenalpasti, telah memikir sendirian, telah mengetahui apa punca masalahnya, mengenalpasti risiko implikasinya, dan waaalah adik bertindak mencari cara penyelesaian. Adakah tindakan berbual dengan adikberadik or makayah or kwn2 or chatting dengan orang yang xdikenali tetapi ada rasa percaya pdnya telah adik lakukan? Or adik just taip search for kaunseling mcm akak buat? ;p Adik, akak the best student pmr sekolah akak, naik form 4, dah result bagus, byk plak kepercayaan guru dan rakan2 memberi tugas jawatan membuatkan akak xpandai dlm pengurusan masa, spm result sederhana. Then matrik,then ipta. Pernah bercinta tahun akhir ijazah,namun kecundang,gagal semester. Kerja,terjatuh hati dgn suami2 org, duda sbb suasana kerja semua melibatkan veteran. Ada konflik. Alhamdullilah kini sudah tiada terjatuh hati kerana adik,kita perempuan. Ingat, kita diperbuat daripada tulang rusuk kiri bengkok plak tu. Cepat naik bila diberi dorongan, cepat down, bila hati diremukkan. Mmg sakit bercinta. Ini terjadi setelah akhir tahun ijazah,menyesal sehingga dah lama bekerja, masih tersimpan kekecewaan kenapalah saya tidak berjaya gengam cita-cita ku. Ambil iktibar. Fokus straight A yg betul2 adik fhm apa adik belajar agar cita-cita nk keja apa tu tercapai. Bermula PMR. If PMR down. cth nk jadi akauntan,or doktor, xstrong A pmr ,masuk kelas bukan pilihan hati. Salah jln, adik teruskan...byk dugaan. Chayo2 adik. Jgn adik jd mcm kami yg jatuh hati waktu remaja pmr, spm.

heydaya

Posts : 5
Join date : 12/09/2011
Age : 33

View user profile

Back to top Go down

betul ke itu cinta ?

Post  aemmerd on Mon Jan 16, 2012 1:10 am

saya trsnyum tngok post awk
sbb saya prnah rsa mcam apa yg awak prnah rsa
. . .tp awk msti pastikan prasaan awak tu betul2 cinta ataupun hanya sekadar suka ?
kalau awk tnya, mcam mana nak pastikannya ?
saya hanya boleh katakan, kalau suka awk mmg teringatkan org tu tp x terlalu kerap jika dibandingkan dengan situasi cinta. itu slah satu contoh yg mudah utk awk. Arrow harap sya mmbantu 'juga'

aemmerd

Posts : 2
Join date : 16/01/2012
Age : 22
Location : Miri, Sarawak

View user profile https://www.facebook.com/profile.php?id=100002124785940

Back to top Go down

Re: Jatuh cinta pandang pertama

Post  helena_empire on Thu Feb 02, 2012 11:11 am

adik kena tahu beza antara jatuh cinta atau angau...

The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love.

Infatuation tu macam angau la, teringat2,termimpi2.. tapi itu cinta ke? umo cam adik ni memang sebenarnya tak taw pon apa tu cinta, pahit tapi benar ok.. im saying based on experience, been there done that, regret it.. hoho..

ni sume biasalah, mmg setiap remaja will face that, regardless la ngan ngan org lagi tua ke suami org ke sebaya ke..those feelings are all not love.. so don't worry, it will be gone sooner or later..just ingat 1 je, jgn ikut hati, nnt mati... What a Face
avatar
helena_empire

Posts : 3
Join date : 02/02/2012
Age : 31
Location : north

View user profile

Back to top Go down

Fkirlah secara rasional.

Post  FeyFee Shuhada on Fri Nov 23, 2012 11:03 pm

Adakah adik berfikir secara rasional mengenai perasaan adik ini.Cinta merupakan lumrah hidup setiap insan.Tetapi kenyataan adik jelas menunjukkan adik mengalami kecelaruan perasaan.Semua remaja pernah mengalami kecelaruan perasaan.Adik harus fokus dengan hidup adik.Jangan terlalu mengikut perasaan.Banyakkan aktiviti yang berfaedah supaya adik tidak terlalu memikirkan perasaan adik.

FeyFee Shuhada

Posts : 3
Join date : 23/11/2012

View user profile

Back to top Go down

Re: Jatuh cinta pandang pertama

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum