Keliru dengan sikap adik beradik

View previous topic View next topic Go down

Keliru dengan sikap adik beradik

Post  Yatiiie on Wed Feb 02, 2011 12:20 am

Asalamualaikum.
Saya mempunyai 7 orang adik beradik. Tiga abang dan tiga kakak, dan saya anak yang bongsu. Saya mempunyai masalah besar dengan tiga orang kakak dan seorang abang. Hal ini berlaku sejak kedua ibu bapa saya yang telah tua dan uzur saya ajak tinggal bersama dengan saya. Saya telah menambah bilik khusus utk mereka dan mengambil seorang pembantu utk ibu saya. Tanggung jawab saya memanglah besar yang mana selain mempunyai keluarga sendiri (tiga orang anak yang berusia 17 tahun, 15 tahun dan 8 tahun), saya jua memikul tanggung jawab menjaga kedua orang tua saya. Saya menjaga kedua orang tua saya dengan ikhlas dan tanggung jawab saya sebagai anak tetapi masalahnya ada di antara keluarga saya tidak memberi sokongan moral malah apa yang saya lakukan adalah salah di mata mereka. Ada saja yang saya lakukan khususnya utk kebaikan orang tua saya adalah salah di mata mereka dan ini yang membuat saya binggung walhal mereka sendiri tidak sanggup menjaga orang tua dengan pelbagai alasan. Recently ibu tercinta telah kembali ke rahmatullah dan dengan izin allah saya dan sokongan dari suami dan 2 org abang saya, bersyukur dapat menyempurnakannya dengan baik. Yang menyedihkan banyak perkara yang timbul tentang ketidakpuasan mereka terhadap saya sehingga ada yang bermasam muka kepada saya padahal saya berusaha menjaga hati mereka dan tidak menyusahkan mereka sama ada dari segi tenaga mahupun kewangan. Sebagai manusia kesabaran saya kadang-kadang hilang dan saya terlalu lemah menghadapi semua ini. Bapa saya sekarang tidak sihat dan memerlukan perhatian yang lebih dan kadang-kadang tidak tidur malam. Akan tetapi mereka ini seolah-olah tidak mahu menerima keadaan saya, suami dan orang gaji yang kadang-kadang harus menjaga bapa yang tidak tidur malam. Mereka hanya mencari kesalahan kami dengan beranggapan bapa tidak diberi makan malah tidak diberi perhatian sepenuhnya. Mereka akan tersinggung jika saya berkongsi hal ini dengan mereka malah beranggapan saya merungut padahal niat saya berkongsi sesama keluarga. Saya sedaya upaya membuat perkara yang terbaik utk keluarga terutamanya bapa saya, akan tetapi mereka akan membuat 'bad judgement' walaupun waktu mereka bersama bapa terlalu singkat, i.e. 1 hingga 2 jam saja berbanding dengan kami yang 24 jam bersama bapa. Pernah semasa arwah ibu dan bapa ditahan di hospital, mereka tidak pernah menjaga, malah saya, suami dan orang gaji yang menjaga secara bergilir tidak kira siang atau malam. Mereka hanya datang melawat kemudian pulang. Ini tidaklah menjadi masalah bagi saya tetapi apa saja yang tidak berkenan di hati mereka akan dijadikan isu dan perbincangan mereka di belakang saya, contohnya mereka tersinggung jika saya mendiamkan diri, orang gaji saya kononnya bersikap kurang ajar padahal khidmat orang gaji saya lebih besar dan patut dihargai (tidak tidur, membersihkan selepas buang air dan buang air besar) berbanding dengan mereka yang hanya datang melawat sekejap kemudian pulang.
Apakah yang harus saya lakukan, memandangkan saya mempunyai low self esteem, saya selalu menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang berlaku walaupun di hati kecil saya saya selalu mengatakan saya sudah sedaya upaya membuat yang terbaik untuk semua ahli keluarga saya. Saya tidak mudah mencari kesalahan mereka malah saya beranggapan saya yang bersalah walaupun saya sendiri tidak jelas dengan kesalahan saya.Sekarang saya rasa terlalu kecewa dan hampir berputus asa.

Yatiiie
Guest


Back to top Go down

Re: Keliru dengan sikap adik beradik

Post  Yati on Wed Feb 02, 2011 9:53 pm

Ok tu saya pun sama sabar ja

Yati

Posts : 1
Join date : 01/02/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Keliru dengan sikap adik beradik

Post  bidinyati on Wed Feb 02, 2011 9:58 pm

Sabar saja tah sayang memang dugaan tuhan janji niat kita menjaga orang tua jujur dan ikhlas. Ingat Tuhan itu maha adil dan saksama.

bidinyati

Posts : 1
Join date : 02/02/2011

View user profile

Back to top Go down

Assalamualaikum Yati

Post  wateexzi on Mon May 30, 2011 10:48 am

Memang berat apa yg diharungi itu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hati dan perasaan. Kalau Objektif kita boleh buat pilihan tapi soal perasaan kita tidak boleh delete. kita akan fikir-fikir dan terus berfikir akhirnya menjadi bebanan dlm kehidupan kita. Saya memang tak dapat membantu tapi sebagai rakan saya cuma dapat berkongsi dari kejauhan saya...."jagalah orang tua selagi mereka masih ada kerana merekalah satu-satunya rakan kita yg tak ada pengantinya dan tak akan dapat diganti kerana mereka rakan kita dunia dan akhirat. Kita dipersoalkan oleh Allah kesetiaan kita, pengorbanan, kehormatan, tutur bahasa, keikhlasan kita padanya..amalan kita tetap terikat walaupun mereka sudah tiada...(doa anak yang soleh/solehan)..walau apa yang kita buat tanpa sengaja atau tidak kita tetap dihitungi oleh Allah kerana nya.

Buatlah yang terbaik untuk mereka kerana Hikmahnya terlalu hebat menanti kita nanti. jangan teragak-agak membuat kebaikan demi org tua kita.

Salam...

Rakan

wateexzi
Guest


Back to top Go down

keliru dengan sikap adik beradik

Post  fiona on Wed Jan 25, 2012 12:46 pm

assalamualaikum yati

saya harap banyakkan bersabar dan berdoa pada allah agar terbuka pintu hati mereka . ingatlah ini semua ujian dari yang maha esa , pasti ini semua ada hikmahnya ...

fiona

Posts : 2
Join date : 25/01/2012

View user profile

Back to top Go down

Re: Keliru dengan sikap adik beradik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum