Bantulah saya wahai hamba Allah

View previous topic View next topic Go down

Bantulah saya wahai hamba Allah

Post  izhan on Wed Mar 18, 2015 12:36 am

Assalammualaikum semua. Harap dapat membantu saya memberi nasihat kepada saya keluar dari masalah yang saya hadapi ini.
Saya sudah berumur 30 tahun dan seorang yang pemalu, kurang keyakinan diri, cuma bekerja sambilan, tidak berwajah cantik,tidak pandai berfesyen, seorang bekas lesbian yang dalam proses berubah dan gemuk. Apa yang ada pada diri saya adalah belas kasihan dan kasih sayang terhadap insan lain. Saya sedar saya tak sempurna dan banyak dosa. Kadang2 saya rasa mungkin masalah2 yang menimpa saya kerana saya berdosa besar menjadi lesbian pada masa dahulu, dan masih tidak dapat menunaikan solat yang sempurna dan lengkap. Kadang2 saya menjadi was2 dan malas mengerjakan solat kerana terbiasa tidak solat semasa menjadi lesbian dan terikut2 hingga sekarang. Cuma sekarang saya solat lebih kerap walaupun kadang2 tertinggal/ponteng berbanding dahulu tidak pernah buat langsung. Jahilnya saya ketika dahulu hingga sekarang. Mungkin Allah nak hukum saya dan sempitkan rezeki saya sebab dah banyak dosa2 besar dan kecil yang saya dah buat pada Dia. Memang lah ada ramai lagi manusia2 yang kurang bernasib baik tapi saya juga tergolong dalam golongan manusia2 ni, saya rasa hidup sangat menyedihkan dan menyakitkan hingga kadang2 saya terfikir nak bunuh diri/lari dari rumah. Saya rasa tension sangat sebab tak dapat sokongan dari emak dan adik yang tak memahami jiwa saya terhadap pekerjaan sambilan saya. Saya bekerja sekali dengan adik di tempat kerja yang sama. Saya tahu ramai pekerja tetap di situ yang memandang sinis dan hina pada saya kerana status kakak dan status kerja saya ini sedangkan saya adalah pemegang ijazah. Jadi mereka selalu secara sinis menyindir saya jika saya ingin minta cuti. Saya sangat tak selesa bekerja bersama rakan2 sekerja adik yang lebih tua dan senior, mereka beranggapan saya mendapat kerja mudah kerana bantuan adik dan seakan2 tidak mahu melayan saya dengan baik dan ramah. Saya mahu berhenti kerja tapi kasihan pada adik kerana dia akan ketakutan tinggal seorang diri di rumah sewa jika rakan2 penyewa yang lain pulang ke rumah di kampung halaman. Saya juga rasa stress dengan sikap adik yang sudah berubah semenjak menjawat jawatan tetap dan bergaji tinggi. Kadang2 dia akan naik angin dan memarahi saya atas perkara2 yang kecil dan remeh didepan rakan2 penyewa lain dan membuatnya seperti perkara besar. Saya rasa sedih, malu dan tertekan diperlakukan sedemikian oleh adik kandung sendiri yang saya kasih dan jaga keperluannya. Tolonglah bantu saya.Apakah ada jalan keluar untuk saya?

izhan

Posts : 1
Join date : 17/03/2015
Age : 33

View user profile

Back to top Go down

Re: Bantulah saya wahai hamba Allah

Post  arie75 on Wed Mar 18, 2015 2:23 am

Assalammualaikum saudari yang diikasihi, semoga saudari sihat dan baik2 saja hendaknya. Berkenaan masalah saudari, suka saya ingin menyarankan agar saudari cuba berkomunikasi dengan adik dan emak saudari berkenaan masalah saudari. Luahkan perasaan dan masalah saudari yang saudari tidak suka. Berdoalah dan mintalah keampunan Allah semoga diampunkan dosa2 yang lalu, dan tidak akan mengulanginya lagi.

Saudari harus tahu solat adalah tiang agama dan wajib menunaikan sembahyang 5 kali sehari. Jika ditinggalkan bermakna saudari telah meruntuhkan tiang agama saudari sendiri, ibarat tubuh tanpa kepala. Sekiranya saudari terus meninggalkan solat, saya khuatir hidup saudari akan bertambah susah dan dimurkai Allah.

Saya yakin saudari dapat mengatasi masalah2 pekerjaan saudari suatu masa nanti, kerana saudari mempunyai pengalaman kerja dan segulung ijazah, bak pepatah lama Melayu: ilmu adalah harta paling berharga dalam hidup seseorang, dengan ilmu hidup seseorang tidak akan susah.

Saudari juga hendaklah berusaha menyimpan wang mulai dari sekarang untuk menghadapi masa2 sukar sekiranya terpaksa mencari kerja lain, kerana semasa proses bertukar ke kerja baru juga memerlukan wang yang banyak dan berusahalah apply mana2 kerja kosong yang diiklankan untuk mendapat kerja yang tetap.

Yakinlah bahawa semua ujian di dunia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya manusia berpegang kuat kepada ajaran islam dan kuat imannya. Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak dapat dihadapi oleh hamba2Nya melainkan mereka bersabar dan berusaha. Saudari masih muda dan mempunyai masa untuk berubah, mintalah pertolongan sesiapa yang pandai dalam fesyen pakaian dan mekap untuk mengubah penampilan dan menaikkan semula keyakinan saudari.

Semoga saudari tabah menghadapi setiap ujian yang diterima dan sentiasalah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa, sesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Maha Pengasih. Amiiiinnnnn Smile

arie75

Posts : 7
Join date : 18/03/2015

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum