My Story in my life

View previous topic View next topic Go down

My Story in my life

Post  The S on Sun Sep 21, 2014 11:50 pm

Assalamualaikum.

Aku tak nak orang tau aku ni siapa. Jadi aku buat email lain just untuk kaunseling online ni je.

Aku hidup macam biasa. Aku happy always smile. Kat rumah aku selalu jadi tempat mengadu adik beradik aku. Kat sekolah pun sama. Aku banyak kawan yang suka mengadu dengan aku. Kiranya aku ni tempat mengadu lah. Tapi aku…langsung tak ada tempat mengadu.

Pendek kan cerita, masalah aku sebenarnya…Aku pun tak tau nak bagitau macam mana. Aku cerita jela.

Aku selalu rasa sedih. Setiap hari aku akan menangis hanya kerana mak bapak aku. Aku sedih dengan mak aku sebab dia tak pernah nak faham anak dia ni. Mak aku nak dia je faham. Bila aku ada masalah aku nak sangat cerita dengan mak aku. Tapi niat aku untuk mengadu terhenti bila teringat yang mak aku pernah cakap "Masalah budak kecik mama tak nak dengar" Selepas tu aku pun…okay…hidup dengan penuh masalah. Bila aku ada masalah aku setelkan sendiri. Atau pun aku biarkan je sampai meletop otak aku. Pastu mak aku ni suka marah aku tak tentu pasal. Bila benda yang bukan salah aku mesti mak aku marah aku. Padahal tu bukan salah aku. Pastu mak aku pernah menangis. Pastu aku tanyalah kenapa. Mak aku cakap kalau mama ada buat salah mama mintak maaf. Mama memang dari kecik perangai mama suka bila cakap nada marah. Nak buat macam mana itu perangai mama. Semua anak mama kena pahamlah. Then aku pun terbitlah rasa kasihan dihati. Lepas kejadian tu mak aku seperti biasa buat la perangai sama. Aku tak tau nak buat apa. Sampai kat sekolah pun aku nangis nangis.

Ni masalah dengan bapak aku plak.
Bapak aku tak ada masalah dengan aku. Aku yang ada masalah dengan bapak aku. Aku rasa macam bapak aku workaholic then dia selalu macam tak amik kesah pasal anak dia. Tapi aku rasa dia amik kesah. Cuma dia tak nak tunjuk je. Satu hari tu aku sakit. Dah seminggu lebih aku demam. Then bapak aku beli lah macam2 benda suh aku makan then baik cepat. Aku pun makan lah je. Pastu lepas 2 minggu tu bapak aku tak tahan. Bapak aku bawak pergi klinik. Cek2 aku demam denggi. Pastu doktor cakap aku kena masuk wad kat hospital. Pastu doktor bagi lah aku tunggu kat bilik menunggu ambulans sebab nak bawak aku pergi hospital. Masa aku tunggu tu bapak aku tunggu kat sebelah then dia tiba2 cakap kat aku "Tulah tak nak dengar cakap ayah. Ayah suruh makan ubat tak nak. Pastu menyusahkan ayah nak angkut kau pergi sana sini" Aku macam…okay terkilan la jugak kan. Then aku makan apa ubat yang bapak aku suruh makan. Sampai je kat wad dah checkin semua tu. Mak bapak aku pun balik. Aku pun nangis nangis lah kat wad. Baru2 ni aku ada dapat berita yang aku dapat masuk satu benda ni and aku tak nak bagitau sebab secret and aku wakil negara. And I was like…Wow. Aku bangga la kan. Aku datang latihan yg cikgu suruh datang. Pastu berapa bulan tu cikgu aku cakap dia nak anjurkan kem untuk murid yang terpilih. Then aku terpilih. Aku mintak kebenaran mak bapak aku. Mak aku kasi tapi bila aku mintak izin bapak aku, bapak aku cakap "Tak yah lah pergi. Nanti kau sakit ke luka ke ayah jugak susah nak angkut kau dari sana" Aku pun time tu tunduk bawah then nangis nangis. Aku tak nak bantah cakap ayah aku sebab aku tau ayah aku perangai dia macam mana kalau aku bantah. Sekarang nih aku tak kesah aku dapat pergi ke tak tapi aku nak ayah n mak aku layan aku dengan baik. Maksud aku bukan diorang layan aku jahat ke apa ke. Tapi aku nak diorang fahami diri aku.

Kesimpulannya, aku sayang mak bapak aku tapi just nak diorang buang perangai diorang yang ugly to me. Tolong lah bagi semangat kat aku or apa2 yg boleh buat aku rasa lega. Aku just nak happy. Itu saja.

Wallahualam.

The S

Posts : 1
Join date : 21/09/2014

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum