saya sukakan seorang lelaki pemalu.adakah dia menyukai saya?

View previous topic View next topic Go down

saya sukakan seorang lelaki pemalu.adakah dia menyukai saya?

Post  nanasamara on Tue Sep 16, 2014 12:48 pm

Hai. Hmm saya nana. Dan saya berumur 17 tahun. Saya ada mengenali seorang jejaka di tempat belajar bernama syafiq. Saya sudah lama menyukai dia.lebih kurang 6 bulan.tetapi saya tidak tahu samada dia menyukai saya atau tidak. Syafiq ini merupakan lelaki pemalu. Sejak kebelakangan ini, saya perasan yang sahabatnya sering melihat saya lalu membisikkan sesuatu kepada syafiq lantas syafiq tersenyum. Pernah sekali saya bercakap dengan syafiq. Dia kelihatan terkejut apabila saya menegurnya namun dia tetap membalas pertanyaan saya kepadanya walaupun sepatah sahaja jawapannya.sewaktu bercakap, mata syafiq langsung tidak berkedip dan postur badannya tegap berbanding kebiasaannya.  Pernah sekali saya duduk di belakang syafiq di dalam kelas, dan sahabat karibnya menoleh lalu tersenyum lebar ke arah syafiq. Pada saat itu, syafiq seolah merapatkan bahagian belakang tubuhnya dengan meja saya. Sehingga satu saat saya tersentuh badannya dengan jari saya namun dia tidak menoleh ke belakang. Beberapa minit selepas itu, syafiq menoleh ke belakang untuk bercakap dengan lelaki di belakang saya, kakinya tertidih kaki saya namun dia tidak mengalihkannya sehingga saya yang menaruk kaki saya. Ada suatu ketika, sahabat karib syafiq duduk di belakang saya, dan saya perasan, ekor mata syafiq seolah memandang ke arah kami. Syafiq juga akan mengalihkan pandangannya apabila saya melihat dia.

nanasamara

Posts : 1
Join date : 23/08/2014

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum