Masalah Jodoh Perkahwinan

View previous topic View next topic Go down

Masalah Jodoh Perkahwinan

Post  Apit on Tue Apr 08, 2014 1:58 pm

Salam Sejahtera
Saya berumur 29 tahun ada mengenali seseorang atas bantuan rakan kepada ibu. Beliau berumur 24 tahun bekerja sebagai jururawat. Kami berkenalan hamper sebulan dan pernah bertemu sekali. Sepanjang perkenanan kami sepanjang saya berSMS dgn beliau beliau jarang membalas dan kadang-kala 2-3 hari sekali baru membalasnya dengan alasan sebok bekerja. Kadang kala saya call pun jarang diangkat. Saya ada memberitahunya yang tujuan saya berkenalan dengan beliau adalah dengan niat nak ambil beliau sebagai seorang isteri.
Pada sekali berjumpa dengan beliau, dari gaya percakapannya pun tiada masalah untuk menerima saya dan menjadikan saya sebagai suami pada masa terdekat. Kadang kala beliau ada berkongsi gambar dengan saya. Masalah timbul minggu lepas apabila beliau pulang ke kampong dan bertanya keluarga untuk menanyakan hajat saya untuk mengahwini beliau. Apabila saya menghubungi menanyakan apa keputusan keluarga beliau kata tunggu untuk berbincang dengan saya.
Selepas itu 3-4 hari beliau mendiamkan diri dan saya bertanya akhirnya beliau menghantar msg menyatakan bahawa “tidak mahu memberi harapan kepada saya, tiada masa untuk saya, tidak mahu berkahwin lagi dan mempunyai komitmen yang tinggi dan kerja yang padat. Saya memberitahunya agar mengambil masa untuk keputusan ini dan agar tidak terburu-buru kerana saya betul-betul iklas menyayagi beliau dan mencintai beliau. Hari ni masuk hari ke 3 beliau menyepikan diri.
Apa yang harus saya lakukan dan apa tindakan yang saya harus lakukan? Saya hanya mendiamkan diri dan menunggu agar beliau kembali kepada saya. Bantulah saya…Saya amat2 mencintai beliau dan iklas ingin menjadikan beliau sebagai isteri.

Apit

Posts : 2
Join date : 08/04/2014

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum