Mengandung luar nikah, blacklist bank, menganggur.....hampir terduduk...

View previous topic View next topic Go down

Mengandung luar nikah, blacklist bank, menganggur.....hampir terduduk...

Post  berryauto912 on Tue Jan 07, 2014 2:45 pm

salam semua.... 2014 ni bermula dengan sesuatu yang sangat tak baik. aku dimaklumkan hamil. pihak hospital x dapat sahkan berapa bulan. pergi check klinik luar alasan doc kamu ni baru lagi mmg x kan nampak. sedangkan di hospital da siap scan nampak heart beat......sekarang pegi klinik desa die suruh datang hari lain. bf aku orang luar. visa da tamat lama. mcam mana nak kawin. mula2 kate ok...sekarang die da berubah sedikit. semalam aku susah payah datang dri kl ke kajang semata-mata nk bwak jmpa doc sebab die sakit, last2 aku kena marah. hati mana tak remuk. aku tau die da jauh hati. kawan2 rapat da tahu masalh ni. semua nak bantu. tapi aku malu bf aku buat mcam ni...fam,ili x tau lagi.  hal balck list bank plak, aku amik loan tahun 2009 asal nye utk aku sendiri, tapi pakcik aku minta tumpang 20k. jadi aku amik 30k. sempat bayar bape bulan je sebab aku behenti. keje tempat baru aku still x dapat nk bayar sebab gaji hanya 1100. .aku ni mmg bernasib malang. aku x boleh keje pejabat mcm org lain. aku terpaksa jage nenek yang da uzur. adik beradik lain sume x amik peduli. aku join kwn aku wat bisness online tapi dapatla 1k. tu pun x ckup. nk byar kete. buat belanja umah lagi. nak beli brg nenek. yang lain sume lepas tgan. sekarang ni aku mmg tertekan. aku percayakan kwn2 aku lebih dari adik beradik, sebab dorg je yg ada masa aku susah....aku ada terima duit sebab gunakan nama aku sebgai local director utk org luar yg buka company. now jadi masalah sebab nk bukak acc bank sure masalah......aku x bankrap lagi tapi kalau kat 2 tahun tak settle mmg akn bankrap lah kan???? amat2 memerlukan bantuan dan sokongan. sekian.......

berryauto912

Posts : 1
Join date : 07/01/2014

View user profile

Back to top Go down

Re: Mengandung luar nikah, blacklist bank, menganggur.....hampir terduduk...

Post  arie75 on Wed Mar 18, 2015 1:23 am

Assalammualaikum, saya berharap saudari telah dapat keluar dari permasalahan saudari. Allah telah menjanjikan bahawa setiap ujian yang kita alami adalah mampu untuk kita hadapi. Cuma kita kena ada semangat dan iman yang kuat untuk tabah menghadapinya dan berusaha untuk keluar dari masalah tersebut. Anggaplah ujian tersebut sebagai peringatan Allah kepada setiap hambaNya. Saya yakin saudari seorang yang baik kerana berniat mulia menjaga nenek saudari yang tua dan sakit. Bagaimanapun saudari hendaklah segera bertaubat nasuha kepada Allah dan tidak mengulangi lagi dosa berzina itu. Berhubung masalah hutang, saudari boleh menyemak nama saudari di jabatan kastam atau ctos di internet untuk mengetahui status bankrap saudari. Masalah kewangan saudari dan cara mencari duit jika tidak dapat bekerja di pejabat ialah dengan meminta bantuan kewangan dari baitumal atau jabatan2 kemasyarakatan lain dari segi elaun kebajikan. Malah saudari boleh bekerja di tempat saudari tinggal secara sambilan, minta jasa baik majikan untuk membenarkan saudari pulang awal, jangan malu untuk meminta. Berdoalah kepada Allah setiap hari agar diampunkan dosa2 lalu dan dipermudahkan rezeki dan kehidupan lebih baik. Amiiinnn  Smile

arie75

Posts : 7
Join date : 18/03/2015

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum