dilema wanita kurang cantik

View previous topic View next topic Go down

dilema wanita kurang cantik

Post  nyonya88 on Wed Dec 04, 2013 1:09 pm

assalamualaikum...

saya sering bersedih setiap kali suami mentertawakan kelemahan yg ada dlm diri saya. suami saya boleh dikatakan seorang yang segak dan tidak di makan usia. dahulu saya gempal tetapi saya telah berjaya mengurangkan berat badan. saya sangkakan suami gembira dengan perubahan itu tetapi dia masih tidak berpuas hati dan membandingkan saya dengan gadis2 yang lebih muda. paling sedih suami asyik membandingkan saya dengan bekas tunangnya dahulu. suami saya juga sering diganggu oleh gadis2 dlm facebook walaupun gadis2 itu tahu yg suami saya telah berkahwin. suami saya pernah bermain cinta dgn seorang gadis namun sejak keluarga saya tahu, dia sudah berhenti. ketika itu suami telah menipu saya beribu-ribu ringgit. saya bimbang dia akan mengulangi perbuatannya lagi kerana setiap hari dia akan komplen ttg kelemahan saya. dia juga menyalahkan saya kerana dia bercinta dgn perempuan lain sebelum ini.  hubungan suami dgn keluarga saya juga semakin teruk sejak keluarga saya tahu perbuatannya.. saya buntu, saya rasa seolah ingin pulang ke pangkuan keluarga saya dan meninggalkan dia. saya sayangkan suami dan sanggup menarik diri daripada perkahwinan ini untuk memberi peluang kpd dia mencari kebahagiaan dia sendiri. wajarkah tindakan saya?

nyonya88

Posts : 1
Join date : 04/12/2013

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum