Keliru dengan perasaan yang mudah tertarik pada kaum sejenis

View previous topic View next topic Go down

Keliru dengan perasaan yang mudah tertarik pada kaum sejenis

Post  BlackRose on Sat Jun 01, 2013 2:38 pm

Salam n selamat sejahtera.

Saya harap anda2 di sini dapat tolong saya kembali dan jangan cepat judging saya n memandang hina pada diri saya. Saya perlukan pertolongan anda. Saya still lagi pelajar. Masalah saya ialah seperti tajuk di post saya ni, lesbian. Saya bukan seorang pengkid mahupun tomboy. Dan saya tak tertarik pada pengkid n tomboy jugak. Penampilan saya sama seperti perempuan2 normal lain, saya x suka berpakaian seperti lelaki pun, tapi masalah saya ialah saya tertarik dan suka melihat perempuan2 lain yang cantik. Malangnya saya kurang tertarik pada lelaki. Saya juga sering menjaga penampilan dan kecantikan saya dengan harapan dapat menarik perhatian perempuan2 di sekeliling saya. Disebabkan perasaan pelik saya ni, saya sering cuba berjauhan dengan teman2 perempuan saya kerana saya takut dengan perasaan saya sendiri. Saya pernah mempunyai hubungan dengan seorang kenalan perempuan, tetapi hubungan itu terputus. Sekarang, kehidupan kampus yang memaksa saya untuk tinggal bersama2 ramai teman perempuan yg lain merunsingkan saya. Saya buntu apa yang perlu saya lakukan untuk jadi normal dan straight. Saya benci perasaan saya yg mudah tertarik pada kecantikan perempuan. Adakah itu suatu yg normal? Bukankah naluri manusia sukakan kecantikan? Tapi naluri tu macam dah terlebih pula. Saya cuma mahu menjadi normal seperti perempuan lain luaran dan dalaman. Bukan hanya luaran sahaja. Terima kasih.

BlackRose

Posts : 1
Join date : 01/06/2013

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum