Peraturan Umum Kaunseling Online

View previous topic View next topic Go down

Peraturan Umum Kaunseling Online

Post  Admin on Sun Jul 18, 2010 4:07 am

[1.0] Nama rasmi bagi laman forum ini ialah Kaunseling Online
[2.0] Kaunseling Online ditadbir oleh 3 tahap pentadbir; Administrator, Moderator dan Ahli Cemerlang
[2.1] Administrator adalah founder Kaunseling Online. Bertanggungjawab atas keseluruhan perjalanan Kaunseling Online. Berkuasa penuh:
[2.1.1] Melantik dan memecat Moderator dan Ahli Cemerlang
[2.1.2] Memecat mana-mana ahli yang melanggar mana-mana bahagian dalam Peraturan Umum Kaunseling Online
[2.1.3] Membuang (delete) atau mengunci (lock) mana-mana topik dalam Kaunseling Online sekiranya didapati topik tersebut tidak berkaitan, tidak membantu mereka yang bermasalah, berunsur SPAM, berunsur iklan, atau atas apa-apa sebab yang difikirkan perlu
[2.1.4] Menggabungkan mana-mana topik yang wujud sekiranya difikirkan perlu
[2.1.5] Mengkaji dan meminda Peraturan ini dari semasa ke semasa
[2.2] Moderator adalah pembantu kanan kepada Administrator. Jawatan secara lantikan oleh Administrator atau selepas dimohon dengan syarat sudah membantu sekurang-kurangnya 5 orang yang memerlukan dan telah mendaftar sebagai ahli selama lebih 2 bulan. Berkuasa:
[2.2.1] Sama seperti perenggan [2.1.2], [2.1.3] dan [2.1.4]
[2.3] Bertanggungjawab untuk melihat perjalanan Kaunseling Online dengan memastikan kesemua ahli mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam Peraturan ini
[2.3] Berhak dipecat sekiranya didapati melanggar mana-mana perenggan dalam Peraturan ini
[3.0] Ahli Cemerlang ialah ahli yang dilantik oleh Administrator berdasarkan kepada sumbangan yang diberikan kepada Kaunseling Online.
[3.1] Pada satu-satu masa, terdapat tiga (3) ahli cemerlang yang akan dilantik oleh Administrator
[3.2] Administrator mempunyai kuasa menambah bilangan Ahli Cemerlang melebihi peruntukan [3.1] sekiranya dirasakan perlu
[3.3] Ahli Cemerlang akan dilantik berdasarkan kriteria berikut:
[3.3.1] Aktif dalam Kaunseling Online
[3.3.2] Menjadi ahli melebihi 2 bulan
[3.3.3] Sudah membantu lebih daripada 30 orang yang memerlukan bantuan
[3.4] Pemilihan menurut peruntukan [3.3.3] dibuat berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat
[3.5] Skop dan bidangkuasa ditentukan oleh Administrator dari semasa ke semasa
[4.0] Mereka yang mempunyai masalah dikehendaki mendaftar terlebih dahulu
[4.1] Pendaftaran adalah percuma
[4.2] Pendaftaran menggunakan nama samaran dibenarkan.
[4.3] Tujuan pendaftaran ialah untuk menggalakkan komuniti Kaunseling Online berkembang. Hari ini mungkin kita yang mempunyai masalah, tetapi dengan mendaftar kita juga dapat membantu orang lain kelak
[4.4] Peruntukan di perenggan [4.0] tidak terpakai sekiranya sistem membenarkan post dibuat tanpa pendaftaran
[4.5] Setiap masalah baru hendaklah diposkan mengikut kategori yang telah ditetapkan
[4.6] Pelanggaran syarat [4.5] akan memberi kuasa kepada Administrator atau Moderator dan Ahli Cemerlang untuk menggunakan kuasa di bawah peruntukan [2.1.3], [2.1.4], [2.2.1] dan [3.5]
[5.0] Peraturan ini tertakluk kepada kajian dan pindaan dari semasa ke semasa.

Selamat bantu membantu! cheers

Admin
Admin

Posts : 2
Join date : 17/07/2010

View user profile http://kaunselingonline.friendhood.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum